Cuti-cuti Amsterdam 2017 Hari 4 : Seharian di Brussels, Belgium

May 15, 2017





-----------------------------------------------------------------------------------------


Pagi ni memang bangun awal sebab train kami ke Brussels, Belgium jam 8 pagi. Jadi sebelum kul 6 dah keluar rumah. Cuaca dah terang.




Sampai Amsterdam Centraal lepak dulu sambil guna wifi. Tetiba ada sorang pompuan duduk depan kami tegur dia dari Sabah. Selamba je pakai selipar huhuhu..aku berglove bagai sejuk. Dia pon pergi Brussels.

Perjalanan dari Amsterdam ke Brussels hanya 2 jam jika menaiki keretapi. Kami menaiki Thalys ( high speed train) yang agak mahal tiketnya. Perjalanan hanya 1 jam 50 minit.

Selesa train ni kami minta seat yang berdepan mengadap berempat . Ada bar, toilet, wifi.













 Tapi malang nasib kami masa dah dekat nak sampai ke Bruxelles- Midi, train jadi slow...so kami lewat sampai. Ada kebakaran plak kat  BrusselCentraal..Sepatutnya dah sampai Bruxelles- midi ..kami kene ambik  train ke Brussel Centraal untuk ke Brugge....oleh kerana masalah kebakaran di Brussel central ada train terus ke Brugge. Huru- hara jadi nya.







 So kami ambik train dari Bruxelles -midi pergi direct ke Brugge station. Kejap2 tukar line ...berlari-lari2 bila dengar announcement. Sampai bertolak2 macam merusuh...sikit lagi nak jatuh tertimpa. Masa ni dah tak tau apa train kene naik...dengan nak dengar announcement lagi..tak paham. Pakat naik je lah train .Pastu pandang-pandang le sesapa yang macam nak pergi destinasi sama.

Sampai di Brugge station kami berjalan kaki 8 minit ke Bruges.

































Belum sampai kat tempat dituju dah berpuluh gambar ambik hehehhe..Posing tak habis-habis heheheh.





Arghhhhh....cantik sangat pemandangan sini.

Orang dah ramai disitu....sampai dekat deretan kedai ....dengan kereta kuda nya ..kereta lagi ...orang ramai lagi..jalan sempit...aku dan Bakyah terpisah dari Along dan Oni. Kami nak mencari tempat naik boat. Tempat ni kecik jer pasti akan berjumpa semula. 













Gothic facade and tall belfry of the Church of Our Lady


Hahh...dah jumpa dah..




Dah jumpa laju2 pergi naik boat. Pemandangan kat sini memang lawa. Bruges ni bandar tua kat Belgium. Bangunan cantik2. Dikenali sebagai  'Venice of the North". 
Memang terlalu ramai orang sebab kami kan sampai lambat...jadi tak sempat nak cover semua tempat disitu. Markt dia pun tak jumpa...serabut dengan orang ramai dan kereta kuda.

Kami naik boat dalam 1/2 jam gitu.




Tunggu giliran naik boat.



Berimpit dalam boat hehehhe.




Building tu adalah Church Of Our Lady..










Orang sebelah ni sibuk selfie sampai nak tercucuk dahi orang ngan stick monopod  huhu..hahahah...

Cantik building di sini kan.










Sebelum beredar dari Bruges...wajib le singgah beli FM







Dah selesai beli kenang-kenangan di situ kami laju2 balik naik train ke Brussel centraal.






Sunyi sepi...kedai2 banyak tutup disebabkan kebakaran ke apa pagi tadi tu.





Coklat bentuk skru , playar, gunting...kreatif sangat...memang coklat2 kat Belgium ni pelbagai bentuk dibuat.



Kami naik Metro pula ke Atomium.



Dari jauh dah Nampak lepas keluar dari stesen Metro



Excited semua nak tengok bebola gergasi yang diperbuat dari molekul besi.







Atomium ini dibina untuk Expo '58 pada tahun 1958. Ada 9 bebola gergasi yang disambung ke setiap bebola dengan eskelator. Bebola paling atas kita boleh melihat pemandangan Bandar Brussels.










Selesai bergambar, singgah ada food truck jual patat frites...heheheh ...kentang goreng yang marveles...mayonis dia tu sedap giler.









Mmg tgh lapar pon sebab arini tak bawak bekal. Makan dalam kesejukan .Memang nikmat sungguh...tapi memang sedap giler...mayonis dia tu yg sedap.


 Naik balik metro ke Brussel centraal...nak turun tu mamai je terus lari keluar tak bawak bagpack hahahaha.

Station sangat sunyi banyak kedai tutup kerana kebakaran yang berlaku. Ramai askar menjaga disitu.

Kami keluar dari station menuju ke Grand Place. Ramai manusia. Bergambar elok matahari memancar.










The Grand-Place is the central square of the City of Brussels. All over the world it is known for its decorative and aesthetic wealth. The Grand-Place is surrounded by the guild houses, the City Hall and the Maison du Roi.

The Grand-Place is considered as one of the most beautiful places of the world. The Grand-Place of Brussels was registered on the  World Heritage List of the UNESCO in 1998.









Dah puas bergambar pergi cari budak kecik terkencing- Mannekin Pis....






kecik je pon patung dia. Mannekin pis akan dipakai baju mengikut musim..kalau Christmas dia pakai baju Santa Claus.

Belgium terkenal dengan coklat . Memang wajib beli.




Sepanjang jalan banyak kedai2 lace.











Cantik-cantik lacenya...tapi kedai lace cepat tutup tak sempat nak beli payung lace kecik

Kedai souvenirs.Masuk kedai souvenirs beli itu ini...beli banyak pon pekedai tu nak mendengus...apalah...sombong bangsa apa tah...turki atau morocco.







Belgian Waffle. Euro 1...itu kalau yg kosong...nak letak fruit ke choc ke jadinya euro 6.





Meleleh air liur plak teringat.





Tak senonoh budak biru nih











Komik TinTin ni memang popular di Brussels. Banyak je lukisan komik ni pada dinding. 






Dah nak balik lalu kat shopping arcades yang dah wujud dari 19th century . The Galeries Royales Saint Hubert . Kami lalu dekat satu section ni yang dipanggil  “Galerie de la Reine” (Queen’s Gallery).  Terjumpa payung  lace kecik tu tapi kedai dah tutup...huhuhu.




Kami kembali ke Brussels centraal untuk balik ke Amsterdam. Train kami jam 9 mlm lebih... so kami singgah Carrefour yang dah nak tutup. Lepak2 tunggu masa train. Tengah malam ler jawabnya nak sampai ke rumah. Sampai Amsterdam suhu 4 celcius...grrrrrr kesejukan yang amat huwaaaaaa.

You Might Also Like

2 comments

  1. tertarik ngan coklat tu dah macam besi buruk hehehhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Mesti sayang nak makan...hahaha...ada lagi coklat berbentuk tak senonoh..tapi tak jumpa plak tak sempat nak masuk semua kedai cari hehehhe

      Delete

Featured post

Percutian Family ke Perth 2017 - Hari kedua (Fremantle, Perth City, Bell Tower)

26 Ogos 2017 - Sabtu Hari kedua bangun bersemangat nak berjalan. Siapkan sarapan dulu. Buat nasi goreng sardin. Bawak bekal roti...



Like us on Facebook